Friday, April 29, 2011

Untuk membuang masa lapang yang sngt banyak ini, aku nak membebel pasal diri aku.

-Mi_iam He_ija Ridzuan

okaay, itu nama aku. Kenapa nama aku pelik sangat? Tanya mak aku. Aku tak tau. I really wished aku ade nama yang normal sikit. Ala, macam nama melayu sikit. Barulah namanya ANAK MELAYU SEJATI :) Okay, tapi aku redha dengan nama aku. Sebab ianya sangat unik. Ada ke kawan korang nama He_ija? Takda kann kann ? i LOVE my name :)

-Aku tinggal di asrama :l

Yes, walaupun korang cakap cakap dok oztel ni sangat tak best tapi aku berpendapat sebaliknya. Sebab, ada ramai rakan seperjuangan yang lagi pandai mampu mengajar kita apa yang tidak difahami. Second, ada jam loceng bergerak dan mengejut dengan ganas. Third, mandi ;) Forth, aku dapat merasa hidup dengan independent dan tidak bergantung harap dengan mak ayah sangat. Kalau nanti dah kawin, apa pon tara pandai buat, apa mao jadi dehh? Tetapi, ade jugak down side dok hostel. Iaitu, satu, kerja kursus sangt susah untuk disiapkan, terutamanya apabila memerlukan KOMPUTER. Al- maklumlah, hostel aku ni memang kaya sangat, tak boleh bagi infrastruktur yang sempurna seperti PC dan internet. Second, agak ketinggalan dalam hal ehwal dunia kerana di hostel aku ada tempat baca surat khabo, tapi tidak digunakan dengan sepenuhnya fungsinya. Third, makan jemaah. Sesiapa yang pernah atau sedang tinggal di asrama akan paham. Hari hari kena beratur ambil nasi (yang kurang enaknya kadang kala) dan tunggu sehingga pelajar asrama lain siap mengambil nasi. Proses ini akan memakan masa yang sangat lama. Iaitu dari 20 minit hingga ke 30 minit. So, tahap kesabaran pelajar asrama ini tinggi sikit la drpd budak OUTSIDER. Fourth, nak mandi kena tunggu. Especially mereka yang pakai shower, macam aku. Pagi kene berebot, petang tak sangat coz' dak ni ramai stayback. Paling buang karan la kena tunggu shower. Siap kena mintak after lagi. Ahaha. Last, ATTACK. Bagi mereka yang pernah kena dengan aku, mintak maaf la wei. Aku marah ngn korang trsngt sngt kot. Aku tak suka bila akak senior marah marah. First mstilah rasa macam "ooh, kereknye ___, bajet bagoz je, blah la weii" tapi lama lama, mang salah kita pon. So, pelajar asrama ini ada sifat rendah dan sedar diri sikit :)

-Aku tidak rapat dengan family aku :)

Yes, aku tak nak membebel pasal ni banyak banyak. Cuma aku memang dibesarkan bukan di rumah mak ayah aku, tetapi sebaliknya di rumah nenek aku. Dari aku pra sekolah, sampai drjh enam. Form one aku dok oztel sampai sekarang. So mana nak rapatnya dengan mum and dad kan? Okay, stop cerita. Aku nak nangis.

-Aku bukanlah BODOH, cuma tidak pintar

Aku dekat sekolah kelas first. So tersangat pressure. And aku under satu rancangan special untuk budak budak yang cemerlang perikse dulu. Bila aku under rancangan ini, dan masuk class first, mana tak pressure nak keep up. Aku try untuk faham, especially maths. Sume jenis maths aku cube untuk faham, tapi malangnya tak boleh. Dan bila aku takboleh faham, aku automatically akan capai novel atau kertas dan start membaca atau melukis. Kalau dedue benda tu aku tak, alamatnya orang depan atau belakang aku akan mejadi mangsa berborak dengan aku. Masa periksa, aku tak pernah dapa number atas atas atau bawah bawah. Hanyalah di tengah tengah, selalu static position aku dalam class and tingkatan. Aku tak pernah bangga aku dapat masuk ke sekolah kluster ini. Akan tetapi aku sangat bersyukur (yelah tu, dulu mintak lain, skrg dapat lain)

-Gambar di blog, fb, myspace, blog hanyalah penipuan semata mata

Okay, itu semua kerja edit edit. Aku ni reti edit sikit sikt lah. Memang aku real dan aku cyber sangat lain. Korang takkan kenal aku di alam realiti. Tanyalah rakan rakan aku, aku sangat berbeza di realiti dan cyber. Kat luar, aku ni snagat shy orangnya. berbanding di sini, mulut aku pakai lepas je. Depan kawan- kawan aku memang tak tahu malu. Sapa malu depan kawan kan? Huhu :)

PENAT WHOII TULIS. dahla, nnti aku sambung lagi oke. Aku tahu korang senanye tak berminat pon. Aku je syok sndri. Kay. Bubye (:

No comments:

Post a Comment