Friday, June 10, 2011

bertunang. aku tahu ni bukan our age punya topic, tapi saja saja je aku nak tulis. okay, apa konsep bertunang dalam islam? menurut islam, sesebuah pasangan perlu bertunang dulu untuk saling kenal mengenali. tapi apa yang orang zaman sekarang buat, dia fikir bertunang bermakna mereka sudah menjadi halal. oh tidak sama sekali. seperti yang aku tulis diatas, bertunang adalah masa untuk saling kenal mengenali. aku ceritakan berdasarkan soal asryaf yang aku tengok kat tv. bertunang tiada bezanya dngn bercinta. ada orang salah tafsir dengan adanya perikatan pertunangan ini, mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan sebagainya. sememangnya dalam tempoh ini, pasangan perlu memanfaatkan masa yang diberikan untuk saling kenal mengenali secara lebih mendalam namun, batas pergaulan masih perlu dijaga. kebanyakan masyarakat islam hari ini menganggap perbuatan zina itu adalah melakukan persetubuhan haram. sebenrnya bukan itu sahaja yang perlu kita jauhi, namun segala tindak tanduk yang menjurus ke arah terseebut juga perlu dijauhi. apabila pasangan ini berdua duaan ditempat yang gelap, maka ada pihak ketiga iaitu, syaitan. sebaiknya, apabila keluar dengan pasangan, bawalah seorang muhrim dari pihak perempuan seperti adik, kakak atai abang, oleh itu, pasangan ini akan berasa malu untuk melakukan perkara diluar batasan pergaulan. boleh juga membawa ibu atau bapa, tapi itu tidak akan terjdi bukan?
cinta yang suci pasti membawa ke gerbang perkahwinan yang manis hingga tidak terungkap kata-kata dan bahagia selamanya. bukankah seeloknya begitu?

No comments:

Post a Comment