Friday, June 24, 2011

hai. assalammualaikum. hari ini saya nak bercerita tentang orang yang hipokrit. haha, kenapa buat post pasal ni? sebab semua jiran jemalang aku dah buat post ni, so teringin juga la. nak ceritaa, ada senior(?) dekat hostel, dia cakap macam ni "akak nak tengok naik cuti nanti takda sapa bawak shorts, phone, dan barang haram lain. kalau akak nampak je akak terus rampas" tiada kompromi. begitu lah kata beliau. tetapi pada kontranya, naik cuti, beliau yang masih memakai tudung hitam, masih memabwa shorts ke asrama. tidak cukup dengan itu, beliau membawa jeggings, iaitu, jean+ leggings. bukankah jeans diharamkan di asrama? haha, itulah bukti pertama kehiprokritan beliau. haha. kedua, beliau juga membawa handphone ke asrama. seperti keterangan diatas, beliau berkata KESEMUA BARANG HARAM termasuklah phone, shorts dan lain lain sudah diharamkan untuk dibawak ke asrama bukan? tetapi beliau tetap membawanya juga. haha. walaupun saya tidaklah melihatnya, tetapi saya amat yakin bahawa beliau masih membawanya. hihi. terdapat satu ayat didalam Al Quran yang menyatakan tentang mereka yang hipokrit.
"Adakah patut kamu suruh manusia berbuat baik dan kamu lupakan dirimu sendiri, sedangkan kamu membaca Kitab. Tidakkah kamu memikirkan?"
Al-Baqarah; 44
ayat diatas menyatakan bahawa orang yang menyuruh orang berbuat baik tetapi mereka lupa akan diri mereka sendiri. seseungguhnya kita tidak boleh jadi seperti itu. dan izinkan saya memetik lagi satu ayat daripada Al-Quran
"...Seseungguhnya Allah tiada mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali jika mereka mengubah diri mereka sendiri"
Ar-Ra'ad; 11
maksud apa yang difirman oleh Allah disini ialah, kita perlu mengubah diri kita sendiri kerana sesungguhnya orang lain tidak akan tolong kita untuk berubah. dan jangan lah kerana anda memegang jawatan besar(?) dekat asrama itu, anda rasa anda berkuasa. oh tidak. sesungguhnya anda tidak layak menjawat jawatan itu. pihak pengurusan asrama memilih anda pun kerana anda form five. so, sedarlah diri ya. tolong jangan jadi hipokrit. tidak mendatangkan faedah pun kepada mana mana pihak. sekian terima kasih :)

No comments:

Post a Comment