Monday, August 1, 2011

salam~
okaaay, blog dah gedik gedik laa. ngeheheh. alright, hari 1st Ramadhan, bermakna, hari pertama puasa. aku berharap korang puasa hari ini. hihi :) hari ni dah kena balik ke Asrama tercinta. alright, aku nak cerita cerita sikit pasal ASAT. sume orang dah ada post pasal ASAT, aku je yang agak ketinggalan. Okay, so haritu, 23 Julai 2011 pihak Asrama Puteri Melayu menghantar sebanyak 40++ orang wakil ke Karnival Ko-Kurikulum ASAT 2011. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah; Bola Jaring(SM/SR), Bola Sepak(SM/SR), Sepak Takraw(SM), Paintball(SM), Nyanyian Solo(SM), Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen(SM), Pidato Bahasa Inggeris(SM), Pidato Bahasa Melayu(SR), dan Nasyid(SM). Overall, Asrama Puteri Melayu masuk 5 acara, iaitu; Bola Jaring(SM), Nyanyian Solo(SM), Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen(SM), Nasyid(SM) dan Pidato Bahasa Inggeris(SM). So, bertanding dan bertanding.. Akhirnya kita menang beberapa acara. Bola Jaring mendapat tempat kedua. Tahniah kapten pasukan, Wan Arrniesha Azureen! Nyanyian Solo mendapat tempat ketiga. Tahniah Nursebrina Elysa ! Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen kalah dengan tajuk "Pengaruh Rakan Sebaya Mampu Menangani Gejala Sosial Dikalangan Remaja". Nasyid kalah dengan lagu mereka, "Islam Ad-Deen". Lagu itu ciptaan sendiri oleh Ustaz Najmi. Pidato Bahasa Inggeris, tak menang pun. Hihi. Takla, menang, johan. So overall, aku nak ucapkan TAHNIAH kepada warga Aspuri sekalian, tanpa sokongan korang maybe kite tak menang. And lagi satu, Asrama Puteri Melayu menang JOHAN ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG. tahniah tahniah, diucapkan kepada semuaaaa warga aspuri yang berganding bahu, bergotong royong menceriakan Aspuri tercinta.
kthxbai. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan
Salam Ramadhan :D

No comments:

Post a Comment