Monday, November 19, 2012

Andaikata

Kebanyakkan daripada kita adalah begitu. Amat sensitif pada hinaan terhadap Islam, tetapi jarang sensitif terhadap kejahilan diri sendiri tentang Islam. Jarang sensitif jika lewat atau tidak mengerjakan solat. Jarang sensitif apabila tidak beramal dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.

Jika kita meneliti kembali, kita telah lama disogokkan dengan presepsi rekaan media arus perdana bahawa potensi dan keunggulan manusia bergantung kepada setinggi mana kemahsyurannya di mata orang lain, sehebat mana bakar semula jadinya atau seuntung mana nasibnya.

Hakikatnya, kita perlu merasakan diri  istimewa dan menyedari keistimewaan kita. Tetapi, keistimewaan itu bukanlah bermakna ketinggian dari segi martabat di antara manusia. Ini kerana, kita dituntut untuk beramal sesuai dengan ilmu dan kefahaman yang kita telah peroleh.

Saya ingin bertanya kepada anda, apakah keistimewaan kita ini sehingga kan Allah memilih kita untuk menikmati semua nikmat itu dalam satu masa yang serentak.
Imaan, Islam, Sihat, Berakal, Masih menghirup oksigen. Daripada 7 billion lebih manusia, kita terpisah menjadi salah seorang daripada 2 billion lebih yang menganut Islam. Apa istimewanya kita?

Mungkin cukuplah sampai disini, secangkir nukilan untuk dihayati dan dicerna serta dimuntahkan kembali, memberi jawapan kepada si penulis. Sekian.

No comments:

Post a Comment